Photobucket
Photobucket
Photobucket
Rabu, 11 Ogos 2010
Salam semua..
Bulan Ramadhan sudah tiba walaupun sudah lama aku menantinya dengan penuh sabar dan kerinduanku padanya terubat juga..^_^
 
Dulu...teringat aku 2 tahun lepas, semasa belajar di sebuah kolej di Kuantan, Pahang.. Aku dan kawanku begitu bertuah sekali kerana dapat mengerjakan ibadah haji puasa pada hari pertama ramadhan di kampung halaman.. Kami cuti selama 5 atau 6 hari pada masa tu dan kami balik kampung 2 hari sebelum hari pertama ramadhan..( pertama ramadhan 1.9.2008 ).. Itulah antara kenangan manis ( bagi aku la ) yg tidak dapat aku lupakan sampai bila2.

Selepas habis cuti, kami pun bertolak ke Kuantan semula untuk mengerjakan ibadah puasa yg selebihnya.. Itulah kali pertama aku berpuasa sendirian di tempat orang.. Aku akan citerkan pengalaman aku berpuasa di Kuantan dalam entri yg seterusnya.. Korang enjoylah video di bawah ni..^_^

P/S: Aku mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al- Mubarak kepada korang semua..
Isnin, 9 Ogos 2010
Salam semua...
Beberapa hari lepas, laptop aku buat hal lagi..padahal tak sampai 2 tahun pun laptop tu dah wat perangai..nasib baik beberapa hari je...kalau beberapa bulan yg lepas nak dekat 2 bulan takleh guna laptop tu sbb ada masalah pada operating system dia...sorry ar, laptop ni, aku takkan bawak kat kedai utk baiki..buang duit je...baik aku baiki sendiri..free je..lagipun dapat ilmu dan pengalaman gak kalau baiki sendiri ni..risiko memang ada la..

Ok!! Stop sampai sini aku membebel pasal laptop aku tu..Kali ni aku nak citer sikit pengalaman aku pi fun fair untuk pertama kali dlm hidup aku..Selama 22 tahun, baru semalam aku dapat pergi fun fair..memang ketinggalan aku kan? kan? Kiranya ada jugak la aktiviti yg berfaedah untuk dilakukan walaupun fun fair tu takde la grand sangat tapi ok la daripada takde. First time pergi fun fair memang best gila...banyak ragam dan gelagat orang yg aku saksikan kat situ.. Dah mengantuk gila aku sebelum nak pi...=_=!!
                                                 Ambil Kat Google.
Mula2 nak masuk kat tapak fun fair tu, pergh!!! ramai betul org..ouh..maklumlah hari terakhir fun fair kat situ. Bila aku tengok je ramai org kat situ, mulalah perangai kanak2 riang timbul..Apa lagi redah je masuk walaupun ramai org.. Bila masuk je, awek2 mula pandang aku.. Hahaha..segan aku. Dahla pakaian aku skema sangat ngan cap dan spec mata la walaupun aku ni tak rabun pun ( saja2 nak pakai ).

Mula2 aku masuk situ, aku usha dulu permainan yg best kat situ. Semua permainan best, tapi bila dah usha tu  mulalah pening kepala sebab tengok permainan yg berpusing tu..Siap dengar org jerit2 histeria..hahaha..naik berani, bila benda tu berpusing mulalah jerit2. Nasib baik tak muntah..Kalau aku naik konfirm pening dan nak muntah. Dah laju benda tu berpusing, camne la org lain naik ok je..stady je.

Bila dah datang kat fun fair tu takkan nak tengok org main je.. Aku pun join la sekali.. Mula2 adik aku yg main dulu.. Main game apa ntah, cam game masukkan gelung kecik kat dalam kayu segi tiga.. Memang payah betul nak masukkan gelung tu.. Hadiahnya memang hebat la cam TV plasma tu, pastu handphone lagi. Aku pun join la gak, nak dapat handphone punya pasal.. ^_^ Last2 tak menang gak.. Cet!! balik ngan hampa...T_T! Org lain yg main game ni pun marah  dan geram sebab tak menang gak hadiah.. Aku dan adik aku yg dok sebelah pun nak tergelak tengok gelagat org tu.. hahaha.. Mengalahkan budak2 je nak dapat hadiah..
                                                   Ambil Kat Google.
Pastu aku cari satu lagi game yg senang dapat hadiah iaitu game cedok anak itik mainan dalam ayaq.. Aku tak main game ni, aku suruh ayah aku main.. Aku dan adik aku segan nak main game ni..senang sangat nak dapat hadiah..ngahahaha...Tapi dapat gak ar satu hadiah selepas main game ni.. Game lain pun best gak ar tapi tak try sebab takde duit ( padahal nak jimat tu ).. Hadiah2 dia pun comel2 belaka seperti teddy bear, doreamon dan doralin saiz besaq.. Selepas main 2 game tu, aku ngan keluarga pun balik la apa lagi..penat dah jalan2.

Ada benda yg aku kurang selesa bila berada kat fun fair tu, antaranya seperti org yg merokok kat situ.. Dah la ada budak2 kecik kat situ, pi la hisap rokok tu jauh2.. Aku pun tak selesa nak bernafas, inikan pulak budak2 kecik tu.. Satu lagi, budak2 remaja ni, bila dah kalah game, mulalah mulut tu keluar ayat2 cam b*b*.. Dah depan org ramai pulak tu.. Kalau aku, segan gila kalau dok sebelah budak tu.. Biasanya budak2 lelaki la yg buat perangai camtu.. Oklah..dah berjela-jela aku tulis citer pasal fun fair ni. Cam syok sendiri je kan?

P/S: Emora Valeria, masa saya pi fun fair tu, saya ada nampak org iras2 cam muka awk.. Serius..saya tak tipu, cuma dia lagi tinggi drpd awk..hehehe..jangan marah..^_^!

Blog masih dibaiki..harap anda bersabar..^_^

About Me

Foto Saya
Tengku Mann
Jerantut, Pahang, Malaysia
Lihat profil lengkap saya
Lilypie Angel and Memorial tickers

Pengikut Sejati