Photobucket
Photobucket
Photobucket
Sabtu, 31 Julai 2010
Salam semua...
Aku nak tanya korang ni. Pernah tak akaun social networking korang seperti Facebook, Myspace, Tagged atau yang seangkatan dengannya di hack? Kalau tak pernah, korang hati2 la ye...mungkin korang mangsa yg seterusnya..aku pun baru kemarin jadi mangsa terbaru...

Aku mula2 tak tau camne aku boleh kena hack sebab masa tu aku tengah chatting ngan seorg kawan di facebook..sibuk2 sembang, tiba2 kawan chat aku tu hantar satu link kat aku..aku pun pelik ar...pastu aku tanya kawan aku tu..kalau korang nak tau apa yg berlaku, korang tengok la kat bawah ni...

 Haaa...korang dah tau kan, bila aku tanya kawan aku tu..dia pun tak tahu apa2...pastu aku pun klik la link tu..rupa dia pun lebih kurang cam facebook gak cuma ringkas sikit je...dia seperti korang mula2 nak login facebook..kena masukkan email dan password la...bila aku dah masukkan apa yg disuruh, tiba2 je akaun facebook aku kena login balik..pada hal aku dah login sebelum ni...dah jadi camtu aku pun buat seperti dibawah ni..

Korang dah nampak kan...camtu la aku kena buat bila akaun facebook aku kena hack oleh hacker...tu, yg aku tanda tu..korang baca betul2..jangan klik link selain daripada link asal facebook...ini menjadi pengajaran bagi aku supaya tidak klik link yg bukan2 lagi..maksud aku link yg suruh aku masukkan email dan password dari website yg tak diketahui selain website facebook yg asal..

Sebelum aku kena hack, aku pernah cari maklumat camne cara hacker boleh hack akaun kita..mungkin cara mereka seperti pic dibawah ni la kot...

Aku rasa camtu la cara hacker cari mangsa dia org..Aku harap korang yg dah kena atau yg belum jadi mangsa hacker hati2 lah ye...aku buat entri ni pun sebagai peringatan untuk korang, walaupun info ni tak banyak mana pun..Satu lagi aku ada sediakan perkataan utk korang yg tak faham apa dia hack dan hacker ni..Kalau ada salah bagitau ye..^_^

Hack = Godam.
Hacker = Penggodam.
Hacking = Menggodam.
Hacked = Digodam.

P/S: Ayat aku dah berterabur masa taip entri ni, jadi maaf ye..
Jumaat, 30 Julai 2010
Salam semua....
Maaf follower dan reader2 semua, dah seminggu aku tak update blog, idea ada nak tulis entri tapi takde masa nak menaipnya...ye la sibuk sikit..ari ni aku nak buat entri pasal diri aku lak..asyik2 entri pasal toturial je..bosan gak..sepatutnya entri aku yg ni sepatutnya dibuat dan dipost semalam tapi nak buat camne, kawan ada masalah..mesti la tolong dia selesaikan masalah tu..tapi tak selesai gak..ok2, dah cukup sampai disini aku citer pasal tu..

Semalam aku dapat berita yg mengembirakan sebab aku dapat hadiah dari Cik Aisumi kerana aku menjadi follower beliau yang ke-500...haaa..korang jangan jealous ye...ni buktinya aku dapat hadiah dari Cik Aisumi..

Tapi keterujaan aku hilang bila aku tak dapat merasmikan pembukaan hadiah tu...nak dijadikan citer..masa aku tengah syok online, adik aku bawak satu barang yg aku sekali tengok cam alas kaki..aku pun tanya adik aku..
" Sapa beli tu? "
" Abah eli.. "
Aku lak, bulat2 caya cakap adik aku yg umur tak sampai 5 tahun lagi..pastu aku pun amik barang tu dan belek2 sat (cam jakun je aku ni)...belek punya belek, baru aku perasan yg barang tu bukan alas kaki tapi sebuah beg..aku pun tak tau beg apa..bau beg tu cam barang baru je...bila dah bau tu, aku dah terpikir..takkan GEMPAKSTARZ bagi aku hadiah kot...biasanya GEMPAKSTARZ je yg bagi hadiah yg camtu..bau barang baru tu...

Pastu aku rasa pelik semacam je...aku cakap dalam hati ( takkan hadiah dari Cik Aisumi dah sampai? ) aku nak pi dapur tengok ada tak surat atau yg seangkatan dengannya...tiba2 aku terlihat satu sampul surat kosong dalam bilik aku...=_=!

Ahhh!! memang betul surat dari Cik Aisumi la...adik aku dah bukak hadiah tu..pastu aku pi balik tengok hadiah tu kat adik aku...pastu, aku sembunyikan beg tu kat dalam almari...hehe. Takut adik aku bagi kotor lak..lawa gak beg tu ye..aku suka...hehehe..ni gambar beg tu..

Maghrib lak aku belek2 lagi beg tu, aku pikir nak buat apa ngan beg ni...sesuai utk student boleh la kot..boleh letak2 buku dalam ni..dan2 lepas tu aku terpandang laptop aku...saiz beg ngan laptop aku tentu sepadan...aku pikir nak masukkan laptop dalam beg ni...masuk punya masuk, haaa!! memang sesuai pun..aku pun kasi snap sekali...

P/S: Agak2 korang, beg tu memang beg untuk laptop ke? Aku pernah nampak beg jenis ni kat dalam citer Impian Sunsilk ( dulu dikenali sbg Impian Illyana )..

Khamis, 22 Julai 2010
Salam semua...
Hari ni aku pi masuk GB, aku klik la bahagian kontest...masuk punya masuk, aku terbaca entri " Peraduan: Copy & Paste Raya " oleh MediaHehe .. Wah!!! Satu lagi peraduan menarik yang tak boleh aku lepaskan. Menang ke tak, itu soal ke-2. Yang penting aku mesti masuk..hahaha ^_^

Peraduan ni mempunyai 2 hadiah iaitu Kamera Digital dan MP4. Wah!!! Hadiah yang menarik tu..
Cara2 untuk menyertai peraduan ni senang je. Korang boleh klik link dia kat bawah tu untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang peraduan ni..

Memandangkan  peraduan ini mempunyai 2 jenis hadiah yang berlainan, aku lebih suka memilih hadiah kamera digital untuk aku menangi..Korang boleh gak join peraduan ni kalau nak...^_^

Ayat di bawah ni adalah ayat yang mesti aku copy & paste untuk menang kamera digital :

Raya tahun ni saya nak tangkap gambar kuih semperit, lemang Pak Ali, ketupat rendang dan semualah dengan Kamera Digital yang dihadiahkan oleh MediaHehe..
Kalau terasa nak Kamera Digital ni gak, boleh usha www.gambarhehe.com
Jumaat, 16 Julai 2010
Salam semua..
Dah beberapa hari aku tak update blog..maklumlah, sibuk nak cari idea untuk buat entri yg seterusnya..
Kali ni aku nak tunjukkan cara nak buat multi login pd YM korang..mungkin ada blogger lain yg dah buat multi login ni..Takpe..aku buat kepada sesiapa yg tak tahu lagi...

Mula2 sekali, korang pergi ke Run dgn klik Start, pastu korang klik Run. Dlm kotak Run tu, korang taipkan "regedit".

 Kemudian, korang double klik kat perkataan HKEY_CURRENT_USER.Pastu korang pergi kat perkataan software dan korang double klik perkataan tu gak..
                                            klik gambar utk pembesaran
Bila korang dah klik perkataan software tu, korang double klik perkataan Yahoo dan cari lak perkataan pager.
                                           klik gambar utk pembesaran 
Bila dah jumpa perkataan pager, korang double klik perkataan tersebut..
                                           klik gambar utk pembesaran 
Pastu, korang cari perkataan test dan klik sekali je perkataan tu...
                                           klik gambar utk pembesaran 
Kemudian, korang lihat sebelahnya dan buat satu key baru. Korang klik kanan, pastu pergi ke New dan klik pula DWORD Value. Korang namakan key yg baru tu sebagai plural seperti pic dibawah..
                                            klik gambar utk pembesaran 
Akhir sekali korang double klik pada plural tersebut dan letakkan nilai 1.
                                           klik gambar utk pembesaran 
Selesai..Sekarang, korang boleh tutup regedit tu dan kini korang boleh membuka Yahoo Messenger lebih daripada satu. Misalnya, korang ada 2 atau lebih akaun YM dan korang boleh membuka kedua-dua akaun itu dengan serentak...Selamat mencuba...^_^
Rabu, 14 Julai 2010
Copy & Menang : Sungguh mudah, anda perlu copy & paste sahaja untuk memenangi TIGA buah MP3 Player
Untuk maklumat lanjut, layari www.rkurl.com/117hw
Penaja utama : Raja Kamil, www.akuseorangblogger.com
Selasa, 13 Julai 2010
 Salam semua...
Akhirnya Fifa World Cup 2010 dah melabuhkan tirainya dan Sepanyol telah menjadi juara World Cup 2010 kali ni..Memang banyak aksi2 yg menarik berlaku semasa perlawanan antara Belanda menentang Sepanyol..Org lain sibuk tengok bola, aku pula sibuk mengonlinekan diri...Tahniah kepada pasukan Sepanyol kerana menang Fifa kali ni...

Inilah acara penutup  Fifa World Cup 2010 yg berlangsung dgn penuh meriah..

Sekali lagi ramalan si sotong ' Paul ' tepat...ramalan yg dibuat beberapa hari sebelum final piala dunia berlangsung...

Dengan kemenangan Spain malam tadi, maka berakhir sudah Fifa World Cup 2010 yg berlangsung kat Afrika Selatan...Kita berjumpa lagi kat Brazil pada tahun 2014 nanti...harap2 Fifa World Cup 2014 Brazil menang pulak...^_^

P/S: Entri ni sepatutnya dah post semalam, tapi line internet takde..Jadi lambat la post..^_^!
Jumaat, 9 Julai 2010
Salam semua...
Entri kali ni membuatkan aku begitu excited sekali.Kenapa? Kalau korang nak tau, korang kena la tengok entri ni sampai habis...^_^

Kamera digital dan telefon bimbit berkamera korang mungkin banyak menyimpan foto2 yg dirakam menerusi peranti tersebut. Kadang2 foto korang dlm storan tersebut terpadam secara tak sengaja...Ok...aku nak ajar cara2 nak kembalikan foto2 korang yg mungkin terpadam secara sengaja atau tak sengaja yg terdapat dlm kad memori atau thumbdrive. Atau, storan  itu sengaja diformat semula utk memadam segala fail yg terdapat di dalamnya.

Korang boleh download software versi percuma  Easy Flash Recovery ni dan kemudian install. Rupa website dia seperti dibawah..

Bila korang dah install, korang kena sediakan kad memori atau thumbdrive yg hendak diimbas..pastikan storan korang tu mengandungi foto, imej atau gambar yg telah dipadam..pastu korang klik la software tu utk memulakan misi mencabar korang...=_=! dia akan keluar tetingkap utamanya yg ringkas dan mempunyai 6 kategori yg mudah diakses..

Kemudian, melalui kategori Select source yg terdpt pd tetingkap utamanya..korang perlu memilih nama atau label storan yg terlibat ( cthnya pemacu f: ). Selepas pilihan dibuat, korang klik pada butang Next..

Korang akan beralih ke kategori Rescue files pula. Melalui kategori ni, korang boleh memulakan proses mengimbas pemacu/storan yg dipilih tadi. Korang boleh klik pada butang Start Scan utk memulakan imbasan korang tu hingga selesai.

 Jika proses imbasan telah selesai, korang boleh pergi ke step seterusnya dgn menekan butang Next. Korang akan dibawa ke kategori yg berlabel Lost files preview. Melalui step ni, korang akan melihat foto2 yg berjaya dikesan..

Di penjuru kiri dan atas pada setiap foto ada kotak penanda. Korang boleh mengklik pada kotak tersebut utk memilih foto yg hendak dipreviu..Selepas menanda gambar pilihan korang, klik butang yg berlabel Preview dibahagian bawah sebelah kiri. Hasilnya, tetingkap b'label Preview akan dibuka dan memaparkan gambar pilihan korang tu..
Setelah korang berpuas hati, tekan butang Close utk menutup tetingkap ni. Kemudian korang leh menyimpan gambar t'sebut ke lokasi lain, melalui butang b'label Save To (di kanan butang Preview)...Selesai. Huh, hampir details aku citer pasal ni...=_='''

P/S: Rasa lain lak cara penulisan aku kali ni...^_^
Rabu, 7 Julai 2010
Salam semua...
Kali ni aku nak tunjukkan camne cara nak edit pic korang melalui facebomb...edit ni tidak la susah mana berbanding photoshop...edit kat facebomb ni simple je...

1. Mula2 korang masuk kat website Facebomb...dan rupa website dia seperti pic di bawah...
                                          klik gambar utk pembesaran
2. Pastu korang klik browser (bahagian atas sebelah kanan) utk upload pic yg korang nak dan klik upload...ia akan jadi seperti pic ni...aku guna pic cik Emora Valeria dlm tutorial yg ni...^_^
                                         klik gambar utk pembesaran
3. Kemudian, korang pilih pic jenis camne yg korang nak buat...aku pilih " Make Profile Picture "...pastu korang adjust pic korang tu dan klik select...
                                          klik gambar utk pembesaran     
4. Bila dah klik tu dia akan keluar camni lak...Facebomb menyediakan pelbagai pilihan bingkai, efek, dan korang boleh menambah teks pd pic korang..
                                          klik gambar utk pembesaran        
5. Kemudian, korang cari la bingkai yg sesuai utk cita rasa korang sendiri...aku lak pilih " Borders "..
                                          klik gambar utk pembesaran    
6. Bila korang dah pilih bingkai, korang boleh pergi ke bahagian efek...
                                          klik gambar utk pembesaran 
7.  Bila bahagian efek dah selesai, korang leh pi ke bahagian teks lak...
                                          klik gambar utk pembesaran 
8. Bila semua dah selesai korang save je pic tu...
                                        klik gambar utk pembesaran     
9. Ok!!!! Inilah hasilnya...



Ahad, 4 Julai 2010
Salam semua...

Kali ni aku nak buat entri lain dr yg lain...aku nak tunjukkan camne cara nak download video dr youtube...cara dia senang je...aku tak tau la kalau ada sesiapa yg dah buat dan mencubanya...aku hanya tunjukkan kepada yg tak tahu je...

1. Ok!..mula2 korang copy URL video yg korang nak...

2. Pastu korang masuk lak ke laman web KeepVid ni. Dia akan timbul cam gambar di bawah ni...

3. Kemudian, korang pastekan URL yg dah di copy ke dlm website KeepVid...dan tekan download.

4. Bila dah tekan download tu, dia akan keluar camni...korang pilih je saiz dan jenis fail video yg korang nak...

5. Bila korang dah klik, dia akan keluar camni lak...pastu korang tekan OK dan mulalah proses download video tu...Selesai...
Jumaat, 2 Julai 2010
Salam semua....
Entri yg ni aku nak citer pasal handphone2 yg pernah aku miliki..handphone yg pernah berjasa kpdku..handphone yg pernah menjadi teman dikala sunyi dan bosan..handphone adalah benda yg ke-2 aku paling sayang selepas laptop...^_^

                                                      Tahun 2004
 Ini adalah handphone yg pertama aku miliki dan merupakan handphone second hand kerana aku beli dekat abg long aku...handphone ini aku beli semasa aku belajar dlm tingkatan 4...aku beli pun guna duit biasiswa yg aku dpt...hehe ^_^...

Aku rasa masa tu aku saja yg ada handphone diantara kawan2 aku...walaupun handphone yg ini tidaklah secanggih mana pun tapi aku suka memilikinya masa tu....handphone ni memang jarang aku guna utk call dan bersms sbb kat tempat aku masa tu takde line handphone...aku hanya boleh call dan sms pun masa aku pi keluar ke bandar....masa tu la aku leh guna puas2...

Bila aku dah pi bandar tu, aku pun top-up la sekali...aku kalau top-up bukan RM 5, RM10 tapi RM 30, RM 50...aku rasa masa tu top-up RM 5 tak dikeluarkan lagi...aku tak tahu la nape aku top-up banyak sangat, pada hal aku takde pun nak guna sangat...

Last2 kredit tu terbazir je begitu saja sbb nombor telepon aku telah diblock kerana aku lambat top-up...aku guna handphone ni lebih kurang 2 tahun je...
                                                      Tahun 2007
Ini pula adalah handphone aku yg ke-2 iaitu nokia 3200...handphone ni takde la canggih sangat...handphone ni lebih baik sikit drpd yg pertama sbb handphone ni ada skrin warna, gprs, radio dan kamera...walaupun ia tidak ada mp3 dan video, aku tetap suka handphone  ni kerana ia telah dibeli oleh ayah aku utk aku...^_^

Handphone aku yg pertama telah diberikan kpd ayah aku utk dia guna...semasa membeli handphone ni hatiku begitu seronok sekali...yela..sapa yg tak seronok dpt benda baru...bila dah dpt handphone baru, aku mula la godek2 aplikasi yg ada dlm handphone baru tu...aku pantang kalau dpt benda baru, semua benda aku nak teroka...kalau boleh, aku tak tido pun takpe...= =!

Dua buah handphone yg aku pernah gunakan ni tdk pernah rosak walaupun sekali dlm jagaan aku...kalau ada rosak pun bukannya handphone tapi baterinya saja yg rosak...mungkin bateri dia rosak pun sbb terlajak charge...^_^''

Handphone aku yg ni masih bertahan sampai sekarang, walaupun body dia dah patah2...apa yg boleh aku buat hanya sambungkan bahagian yg patah tu dgn selotip je...
' miskinnye ko mann, ko takde duit ke nak beli body handphone tu...bukannya mahal pun'..
' aku bukan tak nak beli body dia, cuma takde duit nak beli...hehehe'
padahal aku ada je duit, saja je aku nak jimat utk digunakan pd benda2 yg lebih berfaedah...ok, dah2..cukup setakat itu je...apa handphone aku yg seterusnya pulak ye?
Haaa....ini adalah handphone yg akan aku miliki suatu hari nanti...utk masa ni je la...mungkin akan berubah mengikut peredaran zaman handphone tu...nak cari yg lebih canggih...hehehe..tapi aku tak tau bila la aku dpt merasa menggunakan handphone camni...handphone aku yg akan datang mesti berjenama nokia dan mempunyai aplikasi2 spt wifi, 3g, kamera video, tv, mp3, bluetooth dan pelbagai  fungsi yg ada pada handphone sebelumnya serta pada handphone jenama2 yg lain...

P/S: Korang rasa ada tak handphone yg mempunyai pelbagai fungsi yg aku sebutkan tadi pd masa akan datang?



Blog masih dibaiki..harap anda bersabar..^_^

About Me

Foto Saya
Tengku Mann
Jerantut, Pahang, Malaysia
Lihat profil lengkap saya
Lilypie Angel and Memorial tickers

Pengikut Sejati