Photobucket
Photobucket
Photobucket
Rabu, 10 November 2010
Assalamualaikum semua..
Waktu bosan2 ni teringat pulak aku ngan citer korea yg aku tonton sekarang ni.. Best gak la citer dia..Korang semua boleh gak tengok, itu pun kalau nak tengok la.. Aku memang minat la citer korea ni.. Tapi tak semua citer dia aku tengok, tengok yg best je.. Aku ni memilih sikit.. Korang enjoy jelah citer ni ye.. ^___^
                                                            Style

Drama Style ni ditayangkan di 8tv atau di saluran astro 708.. Bermula pada pukul 8:30 malam setiap hari isnin hingga jumaat.. Kalau sesiapa nak tengok kat internet boleh la klik SINI.

Starring: Ryu Shi Won, Lee Ji Ah, Kim Hye Soo, Lee Yong Woo, Na Young Hee
Genre: Romance
Episodes: 16
                                                 Fugitive-Plan B

Drama Fugitive-Plan B ditayangkan di saluran KBSW 391.. Bermula pada pukul 9:03 malam setiap rabu dan khamis.. Kalau nak tengok, klik kat SINI.

Starring: Rain Bi, Daniel Henney, Lee Jung Jin, Lee Na Young, Uehara Takako
Genre: Action,Melodrama,Romance
Episodes: 20
 
                                                Tamna, The Island

Drama Tamna, The Island ditayangkan di 8tv atau di saluran astro 708.. Bermula pada pukul 6:30 petang setiap hari sabtu.. Drama ni masih baru lagi ditayangkan.. Macam biasa, nak tengok klik SINI.

Starring: Pierre Deporte, Im Joo Hwan, Lee Sun Ho, Seo Woo, Lee Seung Min
Genre: Period Drama
Episodes: 20
                                                       Oh! My Lady

Drama Oh! My Lady akan di tayangkan di 8tv pada 16.11.2010 pada pukul 8:30 malam setiap hari isnin hingga jumaat... Drama ini akan mengantikan drama Style yang akan tamat tidak lama lagi.. Kepada sesiapa yg minat Choi Si Won dari Super Junior, boleh la tengok drama dia ni.. Kalau nak tengok kat internet klik SINI ye...^_^

Starring: Chae Rim, Choi Si Won, Lee Hyun Woo, Moon Jung Hee, Park Han Byul
Genre: Comedy, Romance
Episodes: 16

Kepada mereka yg minat drama korea, korang boleh klik kat SINI utk tengok drama korea yg lain..

P/S: Malas nak tulis sipnosis setiap cerita.. Panjang berjela-jela entri ni nanti.
Jumaat, 5 November 2010
 Assalamualaikum w.b.t..
Semasa aku on9 kat fb, aku cari la nota2 yg best nak dibaca dan aku jumpa satu nota ni..aku nak share la kat blog aku ni sebagai renungan kita bersama..^_^

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami, sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah..

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah. Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.

Wajburnii ( Tutuplah aib-aibku )
Warfa'nii ( Angkatlah darjatku )
Warzuqnii ( Berilah aku rezeki )
Wahdinii ( Berilah aku petunjuk )
Wa'Aafinii ( Sihatkan aku )
Wa'fuannii ( Maafkan aku )

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu. Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)

Blog masih dibaiki..harap anda bersabar..^_^

About Me

Foto Saya
Tengku Mann
Jerantut, Pahang, Malaysia
Lihat profil lengkap saya

Pengikut Sejati