Photobucket
Photobucket
Photobucket
Rabu, 27 Oktober 2010
Assalamualaikum Semua..^^
Nape malam kelmarin aku asyik bertemu dengan katak je.. dah la aku geli ngan katak ni..Mungkin dah masuk musim hujan kot, sebab tu katak banyak keluar..Malam tadi, masa aku nak pi bilik air, ada katak lembik menunggu depan pintu..

Huish..terkejut aku..nasib baik aku takde lemah jantung..katak ni pun satu, buat apa dok depan pintu..kalau terpijak, tak ke naya..Selesai je pi bilik air, katak tadi masih ada kat depan pintu..Terpaksa melompat  utk mengelakkan daripada terpijak..Masa aku nak lompat, katak tu pun lompat sekali..haish katak ni,dan2 je ko pun nak lompat sama..

Terkejut beruk aku dibuatnya..nasib baik aku tak menjerit, kalau tak riuh satu rumah..Dah la buat aku terkejut, pastu ‘BOMM!!!’ terlanggar lak mesin basuh..Adui, nasib baik tak terjatuh macam nangka busuk da..

Yg ni lak, masa aku tengah syok tonton tv, didalam kegelapan, tiba2 aku ternampak satu lembaga kecik melompat-lompat di hujung kaki aku..Sepantas kilat, aku cepat2 angkat  kaki duduk atas kerusi..Aku pun suluh la dengan handphone, rupa-rupanya katak lembik masuk dalam rumah.. berderau jantungku ..hahaha..apa da..^_^
Selasa, 26 Oktober 2010
Assalamualaikum semua..

Setiap pagi mesti aku dengar ayahku mengejutkan adik perempuanku yg berusia 5 tahun dari tidur utk mandi dan pergi ke tadika...alahai..mula2 dulu dia yg paling rajin bangun awal pagi..la ni lambat pulak dia bangun..dikejut 2,3 kali pun tak bangun2 lagi..macam dah malas pulak dia nak pergi tadika sekarang ni..tapi ayah paksa gak suruh bangun...

Bila sebut je pasal tadika ni, teringat pulak kisah aku masa belajar kat tadika masa dulu.. Masa mula2 aku masuk tadika, akulah org yg paling last nak masuk dalam kelas..ye la kan, aku ni pemalu ya amat, mengalahkan org perempuan..Last2 terpaksa masuk jugak..

Kenakalan aku yg aku takleh lupakan apabila aku takmo pergi ke kelas..macam biasa la kan..Selepas abang2 aku pi sekolah, masa tu gak aku kena bangun pagi..dengan mata yg tertutup dan masih terbaring kat bilik tidur, aku terdengar ayah aku panggil suruh bangun..Bila aku dah dengar panggilan tu, cepat2 aku cari cara takmo pergi..Caranya ngan menahan nafas..hahaha..seksa aku nak menahan nafas..siap aku kira lagi tu..badan pun tak bergerak. Tapi kantoi gak la sebab ayah dan mak tiba2 risau..hehehe

Yg ke-2 lak, aku kena sengat lebah..entah camne tangan aku ni gatal sangat nak pukul lebah tu dengan pensil 2B.. Dah la pensil tu sama warna dengan lebah tu.. Aku lak bagi pukul lagi.. Sepantas kilat lebah tu sengat tanpa amaran.. huhuhu..akibatnya, haaa..amik ko bengkak kat pipi..esok tu pulak aku tak pi tadika..best2..^_^ Kalau korang taknak pi kelas atau sekolah ke, leh la cuba cara2 yg aku buat tu..hehehe

Blog masih dibaiki..harap anda bersabar..^_^

About Me

Foto Saya
Tengku Mann
Jerantut, Pahang, Malaysia
Lihat profil lengkap saya
Lilypie Angel and Memorial tickers

Pengikut Sejati