Photobucket
Photobucket
Photobucket
Isnin, 27 September 2010
Assalamualaikum!!!
Korang  semua ingat tak kali pertama korang jatuh motor..bukan jatuh basikal ye..kalau jatuh basikal tak best sangat..Korang tau tak, kebanyakkan mereka yg pandai bawak motor atau kereta pasti akan alami kemalangan.. Kenapa?? tak percaya ye...Ikut koranglah nak percaya ke tak..^_^

Aku gak tak terkecuali, tapi tak melibatkan kenderaan lain...Tapi kan korang, aku tak tau la lucu ke tak peristiwa aku jatuh motor tu...korang rasa lucu ke aku jatuh motor tu...hahahaha...tah pape korang ni, belum citer lagi dah kata lucu..wekkkk.. :p

 Ok..dah on ye (bukak mata ye)..Satu hari di malam jumaat, aku pergi ke rumah kawanku untuk menemaniku menukar motor buruk ayahku yg sedang digunakan olehku dengan motor yg sedang digunakan oleh abangku...korang pahamkan ayat aku ni kan..kehkehkeh.. :D

Kemudian, kami pun pergi ke tempat yg dituju..aku tak tau kat mana abangku berada..aku agak2 je yg dia berada kat rumah member dia..Aku sebagai penunggang motor dan kawanku sebagai pembonceng di belakang, kami pun redah kegelapan malam..Dengan ketiadaan lampu motor (lampu rosak) dan lampu jalan, hanya mengunakan lampu picit yg samar2 saja berserta tempat duduk yg nak tercabut, kami berani menyahut cabaran..nghahahaha..Ok2..dah membebel pulak aku ke tempat yg lain..hehehe

Dengan hanya menggunakan lampu picit saja, aku membawa motor dengan berhati-hati..Aku bukan mat rempit ye korang..Kelajuan motor yg aku bawak masa tu lebih kurang dalam 50-60 km/h..Takde la laju sangat kan..Jalan yg kami lalui tu memang sunyi je..yela, mana tak sunyi kan..kawasan kampung mesti la sunyi..Tengah syok2 bawak motor tu, tiba2 pulak tayar motor bahagian depan bergerak ke kiri dan kanan..Aku dah mula cemas, kawan aku yg dok belakang camne la pulak..

Tak sempat nak tengok belakang, motor yg dibawa aku jatuh terseret bersama ngan aku sekali..Masa jatuh tu, aku tak lepas2 handle motor tu..Aduh!!, koyak habis baju melayu yg aku pakai..lutut dan bahu aku pulak yg cedera..takde apa2 yg patah..syukur, alhamdulillah..Dah jatuh tu, aku cepat2 bangun dan tengok keadaan kawan aku tu..Kawan aku tu awal2 dah terjun dulu..cuma dia luka kat lutut je..

Dan2 pastu, aku tengok lak keadaan motor buruk ayah aku tu..Tengok2 tempat duduk lak tercabut masuk longkang dan gear motor pulak bengkok..Korang nak tau apa yg aku langgar, aku terlanggar lopak besar kat jalan tu..hahaha..lopak je, ingatkan langgar apa la kan..Dan2 pulak member abang aku lalu kat situ..Dia teman aku dan kawan aku balik rumah..Sebelum balik, aku cakap kat member abang aku tu supaya tak beritahu ayah dan mak aku..

Bila dia dah janji tak nak bagitau, aku percaya la bulat2 cakap dia tu..Sampai je rumah, dia terus bagitahu mak aku..Cet..hampeh betul..ingatkan boleh simpan rahsia..Itulah eksiden yg pertama dan mungkin yg terakhir la kot buat masa ni..Harap2 gitu la..

P/S: Baru satu cerita, dah panjang lebar pulak aku cerita..belum lagi cerita bab motor masuk longkang ni..

P/S: Patuhilah undang-undang dan berhati-hatilah dijalan raya..huhuhu..
Ahad, 5 September 2010
Salam semua...
Oh..sebelum tu aku nak minta maaf la kalau entri aku yg ni tak berapa nak ok..alaa..korang paham2 je la kan...Aku ni tak berapa reti nak bercerita...^_^. Dengan tajuk utama di atas tu, tentu korang faham kan..Haaa...blog ini telah berubah wajah buat pertama kali dalam sejarah blog ni..




Sebenarnya, aku dah lama nak ubah wajah blog ni sebelum bulan ramadhan lagi tapi dengan masalah ketiadaan wifi telah membantutkan niat utk aku mengubahnya..Untuk pertama kalinya gak, aku telah mereka sendiri header untuk blog kesayangan aku ni..Walaupun header yg aku buat ni tak secantik mana tapi ok la gak daripada takde header langsung..

Tajuk header ni lak, aku tambah 3d dan tajuk sebelum ni iaitu " Dunia Ku Penuh Cabaran " telah aku tukar kepada " Dunia Ku Kenangan Ku "...Mesti korang semua tertanya-tanya kan? kan? kan? hehehe..Sebenarnya, tajuk sebelum ni hanya sementara sahaja sebab masa mula2 aku sertai blogger ni, aku takde perkataan yg sesuai utk tajuk blog ni..La ni, tajuk dia yg terbaru dan mungkin akan kekal sampai bila2..Harap2 korang enjoylah ngan wajah baru blog aku ni..^___^

P/S: Blog masih dinaik taraf..akan diupgrade sedikit demi sedikit..^_^
Jumaat, 3 September 2010
Salam semua...
Dah lama aku tak update blog...Kali ni lebih 3 minggu aku tak dapat update  gara2 wifi takde..huhuhu T_T..Memang sedih bila line takde..walaupun tak dapat on9, terubat gak hati ni bila dapat on9 guna handphone je..Dapat on9 guna handphone pun ok gak daripada tak dapat on9 langsung walaupun dapat on9 facebook je..^___^

Ok..Dalam entri yg lepas, aku pernah cakap akan citerkan pengalaman aku berpuasa di tempat orang walaupun tak berapa hebat pun citer aku ni...hanya sekadar untuk bercerita dan mempelbagaikan lagi jenis entri yg aku tulis ni..

Kali pertama aku nak puasa di tempat org memang banyak la perkara yg bermain-main di kepala otak aku ni seperti kena berjalan kaki nak beli makanan dan setiap hari pulak kena pergi ke kedai makan..Tak seperti berpuasa di rumah, semuanya telah disediakan..tak perlu penat2 nak berjalan ke sana ke sini..

Tapi bila dah mengalaminya memang seronok gak berpuasa di tempat org ni walaupun penat.. Antara yg best berpuasa di tempat org ni ialah masa belajar di kolej disingkatkan dr 1 jam kepada 45 minit je..hahaha..memang best la..Yang ke-2 lak, dapat menjimatkan duit belanja sebab waktu makan cuma malam je..tak macam hari biasa, kena makan 3 atau 2 kali sehari..Nak belanja pun tak sampai RM 10 je..
                                                     Ambil Kat Google.
Tapi ada gak la yg tak berapa best time belajar masa puasa ni sebab bila masa belajar telah disingkatkan, jadual pergi dan balik bas tak berubah.. Aku dan rakan sekelas terpaksa berjalan kaki dari asrama ke kolej..Memang jauh gak la nak berjalan dengan cuaca yg panas dan sampai kat kolej dalam keadaan berpeluh walaupun kelas bermula 11 pagi...Itu baru pagi, belum lagi waktu balik kelas pulak..Kalau nak tunggu bas memang lambat la jawabnya..Org lain yg balik naik kereta dan motor tentu dah terlelap kat katil.

Memang menguji kesabaran betul masa tu..tapi aku ok je..Kalau nak buat lagi aku tak kisah tapi mesti ada teman la..hahaha..Nak dipendekkan cerita, ada satu hari ni, masa aku dan kawan sekampung nak balik beraya kat kampung halaman...Sebelum nak balik tu mesti berjalan dulu dari asrama ke stesen bas..Aduh!!..kena berjalan lagi..Cuba korang bayangkan dgn beg yg berat dan besar tu, kami terpaksa meredah lebuh raya yg dipenuhi dengan kenderaan yg pelbagai rupa dan saiz..Jejantas pun takde.
                                               Ambil Kat Google.
Tapi..tapi..camne lak hari tu kami tak jadi berjalan kaki apabila sebaik je kami melangkah keluar dari asrama, ada sebuah teksi berhenti di depan kami..Siap ada penumpang india lagi dlm teksi tu..Huh!! memang kami bernasib baik ke atau apa ntah hari tu sebab sebelum bulan puasa, kami ada gak balik kampung tapi takde pulak teksi nak berhenti..Bila dah naik teksi tu, kami sampai stesen bas pun cepat la gak..Takde la berpeluh-peluh lagi dan bermulalah perjalanan pulang kami ke kampung halaman..Sekian...^_^

Blog masih dibaiki..harap anda bersabar..^_^

About Me

Foto Saya
Tengku Mann
Jerantut, Pahang, Malaysia
Lihat profil lengkap saya
Lilypie Angel and Memorial tickers

Pengikut Sejati