Photobucket
Photobucket
Photobucket
Selasa, 14 Jun 2011
Assalamualaikum!!!

Hahahahaha... Dah lama tak update blog ni...lama betul kan tak update.. Sebenarnya saya (formal sikit sekarang) ada banyak nak diceritakan sepanjang blog ni tak diupdate, tapi yelah kan, banyak sangat masalah seperti skrin laptop rosak (skrin tak elok lagi semasa entri ini ditulis).. Pastu dengan wifi yang kadang2 takde kadang2 ada, korang yang pakai broadband best la kan.. Korang banyak duit nak bayar tiap2  bulan kan.. :p

Haaa!!! Saya tak nak cerita panjang lebar kali ni.. Bila korang tengok tajuk diatas tu mesti korang dah agak apa dia kan? Maknanya blog DKKK (Dunia Ku Kenangan Ku) ni dah berusia setahun.. Hoyeah!!!! Walaupun dah berusia setahun tapi sikit kan entri yang saya buat.. Saya harap anda, anda, anda dan anda semua faham dengan masalah yang saya hadapi seperti yang telah saya beritahu di atas *nghahahaha, macam karangan pula saya tulis*.


Bila dah setahun berlalu, mesti saya nak ubah rupa blog ni kan.. Apa macam rupa blog ni sekarang? Ok tak?
Cuba korang bandingkan header dulu dengan yang sekarang... Dulu saya guna photoshop untuk buat header blog ni, tapi sekarang saya guna flash pula.. Maklumlah, nak cari benda baru untuk tambahkan ilmu di dada.. Terima kasih kepada Ayeem kerana sedikit sebanyak membantu saya macam mana nak menggunakan software flash ni.. Oh!! tak lupa juga sidebar pun dibuat menggunakan software flash..Oklah, tu je saya nak beritahu setakat ni..Bye!! Assalamualaikum..^__^

P/S: Ada sesiapa yang rindu tak kat saya?
      Sudah tentu takde kan.. :(
Jumaat, 3 Disember 2010

Assalamualaikum w.b.t
Kali ni saya nak buat entri khas pasal seorang flower follower dalam blog saya ni iaitu Aisumi Chan yg saya panggil Kak Sumi.. Maaf Kak Sumi, dah start kerja ni, saya tak dapat nak bukak laptop pun walaupun sekali.. Agak lewat lak saya nak wish birthday Kak Sumi disebabkan dengan ketiadaan wifi.. Ok..berbalik dengan tujuan asal.. Kenapa entri ni special sikit untuk beliau? Sebab seminggu lepas, 28.11.2010 adalah birthday beliau.. Kak Sumi ada gak membantu apabila saya kurang reti dalam bab2 blog ni.. Adui!!! Apa yg aku taip ni.. Susah bebenor  nak menyusun ayat ni..huhuhu =_=''.

Seperti yg telah dijanjikan kepada beliau lebih kurang 2 bulan yg lepas.. Haaa, nilah dia entri flash yg tak berapa nak menjadi..Camne Kak Sumi, ok ke tak entri flash ni ^_^ .. Lebih kurang 2 bulan gak la saya nak cari idea n belajar buat entri flash ni.. Banyak cabarannya nak buat flash ni, sampaikan saya hampir2 nak putus asa.. Tapi kerana saya sudah berjanji dengan Kak Sumi, saya kena buat gak la..

Lagi pun saya memang nak belajar buat entri flash ni masa mula2 buat blog ni, cuma tak tahu nama softwarenya dan tak berapa reti nak buat flash2 ni.. Tapi, sejak saya masuk blog AyeemAyam ni, minat saya nak buat flash ni lagi menebal.. Dan2 je saya tanya tuan empunya blog tu, nama software utk buat animasi flash tu.. Pastu apa lagi, saya mula la belajar buat flash ni sampai la sekarang.. Ouh!!! lupa lak..

Sebab entri ni special untuk Kak Sumi, saya selaku tuan empunya blog DKKK, ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi yg ke-28 24 kepada Aisumi Chan Kawai..^_^ Semoga sihat2 selalu dan semoga Kak Sumi berjaya dalam hidup ini.. Sentiasa bersabar dalam menghadapi rintangan dan dugaan hidup kerana semua itu adalah ujian daripada Allah kepada hambanya agak tidak lalai dan sentiasalah berdoa kepada-Nya kerana dia maha mendengar..* haaa..dah2, ko ni membebel je dari tadi, pi rehat sat..=_=''

Orangnya mesra baik sekali,
Aisumi Chan empunya diri,
Jom ramai-ramai follow blog Aisumi,
Siapa tak kenal, meh sini nak luku 10 kali. ^_^

P/S: *Perkataan berwarna hijau adalah dari imaginasi sendiri..huhuhu ^_^ 
P/S: Maaf Kak Sumi, lambat publish entri ni..
Rabu, 10 November 2010
Assalamualaikum semua..
Waktu bosan2 ni teringat pulak aku ngan citer korea yg aku tonton sekarang ni.. Best gak la citer dia..Korang semua boleh gak tengok, itu pun kalau nak tengok la.. Aku memang minat la citer korea ni.. Tapi tak semua citer dia aku tengok, tengok yg best je.. Aku ni memilih sikit.. Korang enjoy jelah citer ni ye.. ^___^
                                                            Style

Drama Style ni ditayangkan di 8tv atau di saluran astro 708.. Bermula pada pukul 8:30 malam setiap hari isnin hingga jumaat.. Kalau sesiapa nak tengok kat internet boleh la klik SINI.

Starring: Ryu Shi Won, Lee Ji Ah, Kim Hye Soo, Lee Yong Woo, Na Young Hee
Genre: Romance
Episodes: 16
                                                 Fugitive-Plan B

Drama Fugitive-Plan B ditayangkan di saluran KBSW 391.. Bermula pada pukul 9:03 malam setiap rabu dan khamis.. Kalau nak tengok, klik kat SINI.

Starring: Rain Bi, Daniel Henney, Lee Jung Jin, Lee Na Young, Uehara Takako
Genre: Action,Melodrama,Romance
Episodes: 20
 
                                                Tamna, The Island

Drama Tamna, The Island ditayangkan di 8tv atau di saluran astro 708.. Bermula pada pukul 6:30 petang setiap hari sabtu.. Drama ni masih baru lagi ditayangkan.. Macam biasa, nak tengok klik SINI.

Starring: Pierre Deporte, Im Joo Hwan, Lee Sun Ho, Seo Woo, Lee Seung Min
Genre: Period Drama
Episodes: 20
                                                       Oh! My Lady

Drama Oh! My Lady akan di tayangkan di 8tv pada 16.11.2010 pada pukul 8:30 malam setiap hari isnin hingga jumaat... Drama ini akan mengantikan drama Style yang akan tamat tidak lama lagi.. Kepada sesiapa yg minat Choi Si Won dari Super Junior, boleh la tengok drama dia ni.. Kalau nak tengok kat internet klik SINI ye...^_^

Starring: Chae Rim, Choi Si Won, Lee Hyun Woo, Moon Jung Hee, Park Han Byul
Genre: Comedy, Romance
Episodes: 16

Kepada mereka yg minat drama korea, korang boleh klik kat SINI utk tengok drama korea yg lain..

P/S: Malas nak tulis sipnosis setiap cerita.. Panjang berjela-jela entri ni nanti.
Jumaat, 5 November 2010
 Assalamualaikum w.b.t..
Semasa aku on9 kat fb, aku cari la nota2 yg best nak dibaca dan aku jumpa satu nota ni..aku nak share la kat blog aku ni sebagai renungan kita bersama..^_^

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami, sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah..

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah. Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.

Wajburnii ( Tutuplah aib-aibku )
Warfa'nii ( Angkatlah darjatku )
Warzuqnii ( Berilah aku rezeki )
Wahdinii ( Berilah aku petunjuk )
Wa'Aafinii ( Sihatkan aku )
Wa'fuannii ( Maafkan aku )

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu. Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)
Rabu, 27 Oktober 2010
Assalamualaikum Semua..^^
Nape malam kelmarin aku asyik bertemu dengan katak je.. dah la aku geli ngan katak ni..Mungkin dah masuk musim hujan kot, sebab tu katak banyak keluar..Malam tadi, masa aku nak pi bilik air, ada katak lembik menunggu depan pintu..

Huish..terkejut aku..nasib baik aku takde lemah jantung..katak ni pun satu, buat apa dok depan pintu..kalau terpijak, tak ke naya..Selesai je pi bilik air, katak tadi masih ada kat depan pintu..Terpaksa melompat  utk mengelakkan daripada terpijak..Masa aku nak lompat, katak tu pun lompat sekali..haish katak ni,dan2 je ko pun nak lompat sama..

Terkejut beruk aku dibuatnya..nasib baik aku tak menjerit, kalau tak riuh satu rumah..Dah la buat aku terkejut, pastu ‘BOMM!!!’ terlanggar lak mesin basuh..Adui, nasib baik tak terjatuh macam nangka busuk da..

Yg ni lak, masa aku tengah syok tonton tv, didalam kegelapan, tiba2 aku ternampak satu lembaga kecik melompat-lompat di hujung kaki aku..Sepantas kilat, aku cepat2 angkat  kaki duduk atas kerusi..Aku pun suluh la dengan handphone, rupa-rupanya katak lembik masuk dalam rumah.. berderau jantungku ..hahaha..apa da..^_^
Selasa, 26 Oktober 2010
Assalamualaikum semua..

Setiap pagi mesti aku dengar ayahku mengejutkan adik perempuanku yg berusia 5 tahun dari tidur utk mandi dan pergi ke tadika...alahai..mula2 dulu dia yg paling rajin bangun awal pagi..la ni lambat pulak dia bangun..dikejut 2,3 kali pun tak bangun2 lagi..macam dah malas pulak dia nak pergi tadika sekarang ni..tapi ayah paksa gak suruh bangun...

Bila sebut je pasal tadika ni, teringat pulak kisah aku masa belajar kat tadika masa dulu.. Masa mula2 aku masuk tadika, akulah org yg paling last nak masuk dalam kelas..ye la kan, aku ni pemalu ya amat, mengalahkan org perempuan..Last2 terpaksa masuk jugak..

Kenakalan aku yg aku takleh lupakan apabila aku takmo pergi ke kelas..macam biasa la kan..Selepas abang2 aku pi sekolah, masa tu gak aku kena bangun pagi..dengan mata yg tertutup dan masih terbaring kat bilik tidur, aku terdengar ayah aku panggil suruh bangun..Bila aku dah dengar panggilan tu, cepat2 aku cari cara takmo pergi..Caranya ngan menahan nafas..hahaha..seksa aku nak menahan nafas..siap aku kira lagi tu..badan pun tak bergerak. Tapi kantoi gak la sebab ayah dan mak tiba2 risau..hehehe

Yg ke-2 lak, aku kena sengat lebah..entah camne tangan aku ni gatal sangat nak pukul lebah tu dengan pensil 2B.. Dah la pensil tu sama warna dengan lebah tu.. Aku lak bagi pukul lagi.. Sepantas kilat lebah tu sengat tanpa amaran.. huhuhu..akibatnya, haaa..amik ko bengkak kat pipi..esok tu pulak aku tak pi tadika..best2..^_^ Kalau korang taknak pi kelas atau sekolah ke, leh la cuba cara2 yg aku buat tu..hehehe
Isnin, 27 September 2010
Assalamualaikum!!!
Korang  semua ingat tak kali pertama korang jatuh motor..bukan jatuh basikal ye..kalau jatuh basikal tak best sangat..Korang tau tak, kebanyakkan mereka yg pandai bawak motor atau kereta pasti akan alami kemalangan.. Kenapa?? tak percaya ye...Ikut koranglah nak percaya ke tak..^_^

Aku gak tak terkecuali, tapi tak melibatkan kenderaan lain...Tapi kan korang, aku tak tau la lucu ke tak peristiwa aku jatuh motor tu...korang rasa lucu ke aku jatuh motor tu...hahahaha...tah pape korang ni, belum citer lagi dah kata lucu..wekkkk.. :p

 Ok..dah on ye (bukak mata ye)..Satu hari di malam jumaat, aku pergi ke rumah kawanku untuk menemaniku menukar motor buruk ayahku yg sedang digunakan olehku dengan motor yg sedang digunakan oleh abangku...korang pahamkan ayat aku ni kan..kehkehkeh.. :D

Kemudian, kami pun pergi ke tempat yg dituju..aku tak tau kat mana abangku berada..aku agak2 je yg dia berada kat rumah member dia..Aku sebagai penunggang motor dan kawanku sebagai pembonceng di belakang, kami pun redah kegelapan malam..Dengan ketiadaan lampu motor (lampu rosak) dan lampu jalan, hanya mengunakan lampu picit yg samar2 saja berserta tempat duduk yg nak tercabut, kami berani menyahut cabaran..nghahahaha..Ok2..dah membebel pulak aku ke tempat yg lain..hehehe

Dengan hanya menggunakan lampu picit saja, aku membawa motor dengan berhati-hati..Aku bukan mat rempit ye korang..Kelajuan motor yg aku bawak masa tu lebih kurang dalam 50-60 km/h..Takde la laju sangat kan..Jalan yg kami lalui tu memang sunyi je..yela, mana tak sunyi kan..kawasan kampung mesti la sunyi..Tengah syok2 bawak motor tu, tiba2 pulak tayar motor bahagian depan bergerak ke kiri dan kanan..Aku dah mula cemas, kawan aku yg dok belakang camne la pulak..

Tak sempat nak tengok belakang, motor yg dibawa aku jatuh terseret bersama ngan aku sekali..Masa jatuh tu, aku tak lepas2 handle motor tu..Aduh!!, koyak habis baju melayu yg aku pakai..lutut dan bahu aku pulak yg cedera..takde apa2 yg patah..syukur, alhamdulillah..Dah jatuh tu, aku cepat2 bangun dan tengok keadaan kawan aku tu..Kawan aku tu awal2 dah terjun dulu..cuma dia luka kat lutut je..

Dan2 pastu, aku tengok lak keadaan motor buruk ayah aku tu..Tengok2 tempat duduk lak tercabut masuk longkang dan gear motor pulak bengkok..Korang nak tau apa yg aku langgar, aku terlanggar lopak besar kat jalan tu..hahaha..lopak je, ingatkan langgar apa la kan..Dan2 pulak member abang aku lalu kat situ..Dia teman aku dan kawan aku balik rumah..Sebelum balik, aku cakap kat member abang aku tu supaya tak beritahu ayah dan mak aku..

Bila dia dah janji tak nak bagitau, aku percaya la bulat2 cakap dia tu..Sampai je rumah, dia terus bagitahu mak aku..Cet..hampeh betul..ingatkan boleh simpan rahsia..Itulah eksiden yg pertama dan mungkin yg terakhir la kot buat masa ni..Harap2 gitu la..

P/S: Baru satu cerita, dah panjang lebar pulak aku cerita..belum lagi cerita bab motor masuk longkang ni..

P/S: Patuhilah undang-undang dan berhati-hatilah dijalan raya..huhuhu..

Blog masih dibaiki..harap anda bersabar..^_^

About Me

Foto Saya
Tengku Mann
Jerantut, Pahang, Malaysia
Lihat profil lengkap saya

Pengikut Sejati