Photobucket
Photobucket
Photobucket
Jumaat, 3 September 2010
Salam semua...
Dah lama aku tak update blog...Kali ni lebih 3 minggu aku tak dapat update  gara2 wifi takde..huhuhu T_T..Memang sedih bila line takde..walaupun tak dapat on9, terubat gak hati ni bila dapat on9 guna handphone je..Dapat on9 guna handphone pun ok gak daripada tak dapat on9 langsung walaupun dapat on9 facebook je..^___^

Ok..Dalam entri yg lepas, aku pernah cakap akan citerkan pengalaman aku berpuasa di tempat orang walaupun tak berapa hebat pun citer aku ni...hanya sekadar untuk bercerita dan mempelbagaikan lagi jenis entri yg aku tulis ni..

Kali pertama aku nak puasa di tempat org memang banyak la perkara yg bermain-main di kepala otak aku ni seperti kena berjalan kaki nak beli makanan dan setiap hari pulak kena pergi ke kedai makan..Tak seperti berpuasa di rumah, semuanya telah disediakan..tak perlu penat2 nak berjalan ke sana ke sini..

Tapi bila dah mengalaminya memang seronok gak berpuasa di tempat org ni walaupun penat.. Antara yg best berpuasa di tempat org ni ialah masa belajar di kolej disingkatkan dr 1 jam kepada 45 minit je..hahaha..memang best la..Yang ke-2 lak, dapat menjimatkan duit belanja sebab waktu makan cuma malam je..tak macam hari biasa, kena makan 3 atau 2 kali sehari..Nak belanja pun tak sampai RM 10 je..
                                                     Ambil Kat Google.
Tapi ada gak la yg tak berapa best time belajar masa puasa ni sebab bila masa belajar telah disingkatkan, jadual pergi dan balik bas tak berubah.. Aku dan rakan sekelas terpaksa berjalan kaki dari asrama ke kolej..Memang jauh gak la nak berjalan dengan cuaca yg panas dan sampai kat kolej dalam keadaan berpeluh walaupun kelas bermula 11 pagi...Itu baru pagi, belum lagi waktu balik kelas pulak..Kalau nak tunggu bas memang lambat la jawabnya..Org lain yg balik naik kereta dan motor tentu dah terlelap kat katil.

Memang menguji kesabaran betul masa tu..tapi aku ok je..Kalau nak buat lagi aku tak kisah tapi mesti ada teman la..hahaha..Nak dipendekkan cerita, ada satu hari ni, masa aku dan kawan sekampung nak balik beraya kat kampung halaman...Sebelum nak balik tu mesti berjalan dulu dari asrama ke stesen bas..Aduh!!..kena berjalan lagi..Cuba korang bayangkan dgn beg yg berat dan besar tu, kami terpaksa meredah lebuh raya yg dipenuhi dengan kenderaan yg pelbagai rupa dan saiz..Jejantas pun takde.
                                               Ambil Kat Google.
Tapi..tapi..camne lak hari tu kami tak jadi berjalan kaki apabila sebaik je kami melangkah keluar dari asrama, ada sebuah teksi berhenti di depan kami..Siap ada penumpang india lagi dlm teksi tu..Huh!! memang kami bernasib baik ke atau apa ntah hari tu sebab sebelum bulan puasa, kami ada gak balik kampung tapi takde pulak teksi nak berhenti..Bila dah naik teksi tu, kami sampai stesen bas pun cepat la gak..Takde la berpeluh-peluh lagi dan bermulalah perjalanan pulang kami ke kampung halaman..Sekian...^_^

0 pukulan:

Blog masih dibaiki..harap anda bersabar..^_^

About Me

Foto Saya
Tengku Mann
Jerantut, Pahang, Malaysia
Lihat profil lengkap saya
Lilypie Angel and Memorial tickers

Pengikut Sejati