Photobucket
Photobucket
Photobucket
Jumaat, 9 Julai 2010
Salam semua...
Entri kali ni membuatkan aku begitu excited sekali.Kenapa? Kalau korang nak tau, korang kena la tengok entri ni sampai habis...^_^

Kamera digital dan telefon bimbit berkamera korang mungkin banyak menyimpan foto2 yg dirakam menerusi peranti tersebut. Kadang2 foto korang dlm storan tersebut terpadam secara tak sengaja...Ok...aku nak ajar cara2 nak kembalikan foto2 korang yg mungkin terpadam secara sengaja atau tak sengaja yg terdapat dlm kad memori atau thumbdrive. Atau, storan  itu sengaja diformat semula utk memadam segala fail yg terdapat di dalamnya.

Korang boleh download software versi percuma  Easy Flash Recovery ni dan kemudian install. Rupa website dia seperti dibawah..

Bila korang dah install, korang kena sediakan kad memori atau thumbdrive yg hendak diimbas..pastikan storan korang tu mengandungi foto, imej atau gambar yg telah dipadam..pastu korang klik la software tu utk memulakan misi mencabar korang...=_=! dia akan keluar tetingkap utamanya yg ringkas dan mempunyai 6 kategori yg mudah diakses..

Kemudian, melalui kategori Select source yg terdpt pd tetingkap utamanya..korang perlu memilih nama atau label storan yg terlibat ( cthnya pemacu f: ). Selepas pilihan dibuat, korang klik pada butang Next..

Korang akan beralih ke kategori Rescue files pula. Melalui kategori ni, korang boleh memulakan proses mengimbas pemacu/storan yg dipilih tadi. Korang boleh klik pada butang Start Scan utk memulakan imbasan korang tu hingga selesai.

 Jika proses imbasan telah selesai, korang boleh pergi ke step seterusnya dgn menekan butang Next. Korang akan dibawa ke kategori yg berlabel Lost files preview. Melalui step ni, korang akan melihat foto2 yg berjaya dikesan..

Di penjuru kiri dan atas pada setiap foto ada kotak penanda. Korang boleh mengklik pada kotak tersebut utk memilih foto yg hendak dipreviu..Selepas menanda gambar pilihan korang, klik butang yg berlabel Preview dibahagian bawah sebelah kiri. Hasilnya, tetingkap b'label Preview akan dibuka dan memaparkan gambar pilihan korang tu..
Setelah korang berpuas hati, tekan butang Close utk menutup tetingkap ni. Kemudian korang leh menyimpan gambar t'sebut ke lokasi lain, melalui butang b'label Save To (di kanan butang Preview)...Selesai. Huh, hampir details aku citer pasal ni...=_='''

P/S: Rasa lain lak cara penulisan aku kali ni...^_^

0 pukulan:

Blog masih dibaiki..harap anda bersabar..^_^

About Me

Foto Saya
Tengku Mann
Jerantut, Pahang, Malaysia
Lihat profil lengkap saya
Lilypie Angel and Memorial tickers

Pengikut Sejati